fbpx

Kartel daging: Syarikat, pengurus stor dan akauntan dilepaskan, dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH, Kim Kuang (kanan) bersama Yee Xin dibebas dan dilepaskan atas tuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Jenayah, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Syarikat LY Frozen Food Sdn. Bhd., pengurus stor dan akauntannya dilepas dan dibebaskan daripada 12 pertuduhan penggubahan wang haram berjumlah RM12.9 juta antara Oktober 2018 hingga Disember 2020 lalu.

Hakim Fatimah Zahari membuat keputusan tersebut selepas ketiga-tiga tertuduh iaitu syarikat yang diwakili pengarahnya Yong Chee Keong, 42; pengurus stor, Chong Kim Kuang, 50, dan akauntan, Ng Yee Xin, 39, membayar kompaun keseluruhan sebanyak RM1.5 juta, kelmarin.

Bagaimanapun, empat pertuduhan melibatkan seorang lagi pengarah syarikat iaitu Tan Siew Huak, 44, masih kekal kerana statusnya tidak diketahui.

Berdasarkan pertuduhan, syarikat dan kesemua tertuduh didakwa menerima wang tunai masing-masing berjumlah RM446,517.19, RM6.75 juta, RM2.78 juta dan RM3.37 juta membabitkan nilai keseluruhan RM13.28 juta, yang juga adalah hasil aktiviti haram menerusi akaun bank milik syarikat LY Frozen Food Sdn. Bhd.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni manakala kesemua tertuduh Siew Huak diwakili Peguam, Zamri Idrus.

Sementara itu, mahkamah turut memberitahu keputusan berhubung 21 pertuduhan terhadap syarikat LY Frozen Food Sdn. Bhd., dua orang pengarah iaitu Chee Keong dan Siew Huak serta pengurusnya, Kim Kuang, akan diketahui pada 22 Februari ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa telah mengguna, memiliki dan menawarkan 3,418 kotak makanan sejuk beku menggunakan perihal dagangan palsu tanpa kelulusan dua syarikat pembekal dari Australia selain menggunakan logo halal palsu serta menggunakan logo halal tanpa kelulusan daripada badan persijilan halal Australia.

Kesalahan itu dilakukan di premis syarikat berkenaan yang beralamat di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, Kulai antara 1 hingga 3 Disember 2020.

Pada 2 Disember 2020, media melaporkan syarikat pembekal daging sejuk beku itu aktif menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina membungkus semula daging terbabit menggunakan logo halal palsu sebelum dijual ke pasaran seluruh Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI