fbpx

Kawasan berbukit punca liputan 4G lemah di Kuala Betis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Lebur, Kuala Betis di Gua Musang terpaksa keluar dari rumah mereka untuk mendapatkan capaian internet yang lebih stabil. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

GUA MUSANG – Keadaan bentuk muka bumi berbukit menjadi punca utama kepada berlakunya masalah liputan internet 4G yang lemah di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis di sini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengenal pasti punca masalah itu selepas melakukan kunjungan ke kampung berkenaan.

Katanya, MCMC mengambil maklum isu talian telefon dan capaian Internet lemah di kampung itu seperti yang dilaporkan oleh beberapa agensi media Khamis lalu.

“Pihak MCMC turun menyantuni pengadu pada keesokan harinya iaitu pada hari Jumaat lalu bagi memahami dan menjelaskan isu liputan di kawasan berkenaan.

“Kita dapati menara 4G yang ada kira-kira 2.3 km dari lokasi pengadu. Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau di kawasan tersebut menyebabkan lokasi berkenaan mendapat liputan 4G yang lemah dari menara berkenaan,” katanya.

Tambahnya, selain itu, MCMC juga sudah memasukkan Kampung Lebur Jaya dalam Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa 2 selain mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan untuk  menambah baik liputan sedia ada.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, lebih 100 penduduk di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis di sini menghadapi masalah talian telefon dan capaian internet yang lemah sejak hampir 10 tahun lalu ekoran tiada pencawang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI