fbpx

Hujan lebat di Pahang, Johor dan Sabah pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan Pahang dan Johor, pagi ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, bagi Sabah pula, cuaca buruk dijangka melanda Pedalaman, Tawau, Sandakan, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan ramalan cuaca signifikan dan berdasarkan analisis model-model cuaca penumpuan angin dijangka berlaku di tengah dan utara Sarawak bermula hari ini sehingga 15 Februari.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut.

“Ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang turut dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan malam sehingga 13 Februari,” jelasnya.

Tambahnya, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI