fbpx

“Ammar anak yang baik, tapi baru-baru ini kurang bercakap”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Muhammad Ammar

AMPANG – “Saya tidak menyangka Ammar meninggalkan kami buat selama-lamanya, baru-baru ini Ammar berubah menjadi pendiam berbanding ceria dan banyak bercakap,”

Demikian luahan ibu mangsa, Noraliza Yusoff, 34, ibu selepas anaknya, Wan Muhammad Ammar berusia lapan tahun ditemui lemas selepas terjatuh di dalam longkang di Ukay Perdana, di sini, petang tadi

Noraliza berkata, anak sulung daripada lima beradik tersebut turut meminta suri rumah itu memandikan Ammar bersama adik beradiknya yang lain.

“Kebiasaannya Ammar akan mandi bersendirian dan merupakan anak yang manja, ringan tulang serta bertanggungjawab dengan adik beradiknya.

“Ammar pernah berpesan dengan saya supaya jangan tinggalkan dia kerana anak lelaki saya itu tidak mahu tinggal di rumah anak yatim.

Detik yang tidak dapat dilupakan ibunya adalah sempat meminta kepada anaknya mendoakan dirinya panjang umur.

“Itulah permintaan saya terakhir yang paling saya ingati bila teringat tentang Ammar, namun tidak disangka dia pergi dulu,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa Wan Mohd Noor Hafizan Wan Mustafa, 41, berkata, selama hari ini dia tidak pernah dia melihat anaknya bermain di luar apartmen kerana yakin larangannya selama ini dituruti anaknya.

“Saya kerap larang dia keluar apartmen, mandi hujan saya benarkan tapi dalam kawasan apartmen.

“Perkara yang terjadi ini turut buat saya terkesan, namun hanya mampu reda dengan apa yang terjadi.

“Sebak melihat keadaan isteri saya yang tidak pernah berhenti menangis sejak menerima berita sedih kehilangan anak ini,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang kanak-kanak ditemui maut manakala rakannya masih hilang selepas tergelincir dan hanyut ke dalam sebuah longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Ampang, di sini, petang tadi.

kanak-kanak tersebut, Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan, 8 tahun ditemui kira kira 200 meter daripada jarak dari lokasi kejadian di tebing sungai di lokasi tersebut.

Sementara itu, mangsa kedua, Muhammad Rizqullah Mohd Shafie berusia 10 tahun masih diteruskan sehingga kini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI