fbpx

SMART, Nadma selamatkan 5 nyawa mangsa gempa bumi Nurdagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang mangsa gempa bumi di Nurdagi, Gaziantep yang ditemui masih hidup, hari ini.

PETALING JAYA – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), berjaya menyelamatkan lima nyawa di bawah runtuhan menerusi terowong yang digali sebentar tadi, pada jam ke 129 misi mencari dan menyelamat (SAR) di Nurdagi, Gaziantep, berlangsung.

Menurut sumber ketika dihubungi Kosmo!, pergerakan mangsa di bawah runtuhan dikesan dan pasukan SMART, Nadma terpaksa menggali terowong sepanjang 8.5 meter tersebut untuk menyelamatkan mangsa-mangsa.

Lima mangsa tersebut merupakan dua perempuan dewasa, seorang remaja lelaki, seorang remaja perempuan dan seorang lelaki dewasa.

Ketika mangsa lelaki dewasa tersebut diselamatkan, dia memaklumkan bahawa anaknya iaitu seorang bayi masih terperangkap di dalam terowong sama.

“Operasi di lokasi sama diteruskan kerana dipercayai ada lagi mangsa yang terperangkap di dalam terowong tersebut. Difahamkan mangsa keenam yang sedang diselamatkan adalah seorang bayi.

“Mungkin ramai lagi (mangsa). Khidmat K9 dan ‘electronic detection’ akan digunakan untuk kesan mereka yang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI