fbpx

Benzema, Mbappe, Messi rebut gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI dianggap calon pilihan untuk memenangi anugerah The Best 2022 ekoran kejayaannya menjulang Piala Dunia bersama Argentina di Qatar tahun lalu. – AFP

ZURICH – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhir­nya mendedahkan senarai tiga calon terakhir untuk memenangi anugerah berprestij, The Best edisi 2022 yang terdiri daripada Kylian Mbappe, Karim Benzema dan Lionel Messi.

Messi yang mewakili kelab Paris Saint-Germain (PSG) dianggap sebagai pilihan utama untuk merampas trofi pemain terbaik dunia itu susulan kejayaannya membantu Argentina penantian 36 tahun untuk menang Piala Dunia 2022 di Qatar.

Messi yang kini berusia 36 tahun telah mempamerkan prestasi terbaiknya dengan menjaringkan tujuh gol bagi memastikan La Albiceleste menjulang trofi ketiga dalam sejarah negara itu.

Sementara itu, Mbappe yang juga rakan sepasukan Messi di PSG turut disenarai pendek selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan di peringkat kelab selain membantu Perancis mara ke pentas final Piala Dunia sebelum ini.

Kapten pasukan Real Madrid, Benzema pula sebelum ini di­jangka menjadi pemain kegemaran untuk mendapatkan Anugerah The Best selepas mencipta sejarah peribadi apabila menang Ballon d’Or tahun lalu.

Namun, peluang Benzema nampak sukar selepas tersisih daripada kempen Piala Dunia 2022 ekoran kecederaan dengan Messi dan Mbappe dilihat lebih menyerlah pada kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

Sementara itu, bagi kategori wanita, pemain sensasi Sepanyol, Alexia Putellas dijangka tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan gelaran pemain terbaik dunia selepas diletakkan dalam senarai tiga calon terakhir bersama Beth Mead (England) dan

Alex Morgan (Amerika Syarikat).
Upacara anugerah The Best akan dilangsungkan di Paris pada 27 Februari depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI