fbpx

Tiga beranak dicekup berkhalwat dengan dua lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguat kuasa menyoal siasat kesemua yang ditahan dalam serbuan di sebuah kediaman di Lipat Kajang, Melaka, malam tadi.

JASIN – Perbuatan seorang ibu tunggal dan dua anak perempuannya bersekedudukan dengan dua lelaki bukan mahram terbongkar selepas dicekup penguat kuasa di kediaman mereka di Lipat Kajang, di sini, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, wanita berusia 49 tahun dan dua anaknya masing-masing berusia 19 serta 20 tahun ditahan bersama-sama dua lelaki oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam.

“Ketika serbuan dilakukan, keluarga itu mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu.

“Pemeriksaan di dalam rumah itu kemudian menemui dua lelaki yang mendakwa mereka adalah saudara jauh kepada keluarga berkenaan, namun perkara itu tidak dapat dibuktikan,” katanya.

Tambahnya, lelaki itu juga memberitahu telah mendapat keizinan wanita berkenaan untuk menetap di rumah tersebut.

“Wanita itu yang bekerja dengan sebuah syarikat kontraktor dan dua anak perempuannya serta lelaki terlibat telah ditahan untuk dibawa ke pejabat JAIM.

“Kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman mendatangkan syak,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI