fbpx

Tiada keperluan tutup masjid, surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zakiyuddin menghadiri Majlis Minum Petang Bersama Guru dan Penyelia Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Hotel Ixora, Butterworth di sini hari ini.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Kerajaan negeri berpandangan tiada keperluan untuk menutup masjid dan surau di dua kawasan yang dikategorikan zon merah di negeri ini ekoran Covid-19.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata, pihaknya bagaimanapun sedang memikirkan langkah terbaik untuk meningkatkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengekang memerangi virus berkenaan.

“Antara langkah yang sedang dipertimbangkan adalah mungkin kita akan meminta imam untuk meringkaskan bacaan bagi memendekkan waktu jemaah yang menunaikan solat.

“Tiada surau dan masjid yang ditutup setakat ini kerana tiada keperluan, namun bagi kawasan yang diperketatkan, kita ikut perintah kawalan yang diperlukan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Minum Petang Bersama Guru dan Penyelia Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Butterworth, di sini.

Terdahulu, Kuarters Penjara Seberang Prai di Jawi, Nibong Tebal di sini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini manakala PKPD di Penjara Reman Pulau Pinang dan kuarters kakitangan di daerah Timur Laut telah berkuat sejak 15 Oktober lalu.

Dalam perkembangan lain berhubung lapan penghuni Rumah Jagaan Darul Hanan yang dijangkiti Covid-19, beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata, semuanya masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Kita masih mengamalkan SOPyang sama di mana semua penghuni dan kakitangan tidak dibenarkan kelur dan kawasan pusat jagaan terbabit masih dikawal ketat bagi mengekang penularan wabak,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI