fbpx

Nahas Genting: P. Pinang sumbang RM2,000 kepada waris mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (kiri) ketika hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Ah Lan di Bukit Mertajam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kerajaan negeri menyerahkan sumbangan RM2,000 kepada lapan waris mangsa yang terkorban dalam kemalangan Bentong, Pahang pada Rabu lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sumbangan itu diberi sebagai tanda simpati kerajaan Pulau Pinang terhadap keluarga mangsa yang terlibat.

“Saya berharap semua urusan atau upacara pengkebumian yang dijadualkan juga berjalan lancar,” katanya selepas memberikan penghormatan terakhir kepada keluarga mendiang Foong Ah Lan, 67, di Juru, hari ini.

Sementara itu, lima lagi mangsa masih dirawat di hospital dan ada dalam kalangan mereka dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, anak Ah Lan, Mah Chuo Yaik, 30, berterima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan urusan keluarga mereka selepas pemergian ibunya secara mengejut.

Katanya, mereka sekeluarga terutama bapanya, Mah Kok Yean, 69, masih bersedih dengan pemergian ibu mereka.

“Saya bukan sahaja kehilangan ibu, malah bapa saudara (Them Kong) yang turut maut dalam nahas sama. Isterinya pula masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya ada menerima permintaan daripada ahli keluarga mangsa untuk menyiasat kemalangan berkenaan.

Katanya, DAP bersedia untuk menyediakan bantuan guaman kepada semua waris kepada mangsa kemalangan itu yang mahu menuntut keadilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI