fbpx

Jangan bergantung pekerja asing dalam pekerjaan – Awar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melakukan gimik pelancaran pada majlis pelancaran SKSSR dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Negara perlu melakukan perubahan dan tidak terlalu bergantung terhadap pekerja asing dalam sektor pekerjaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar berkata, langkah itu bagi memberi lebih banyak peluang kepada rakyat tempatan memperoleh pekerjaan dengan gaji yang setimpal dalam beberapa sektor pekerjaan di negara ini.

“Jangan kita anggap pengambilan pekerja asing itu sebagai satu fenomena yang tetap, harus ada langkah-langkah seperti yang saya sebut, ada syarikat di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang guna mekanisasi dan akibatnya pekerja tempatan itu masuk, tentu gaji lebih tinggi kerana mekanisasi.

“Ada usaha majikan dan kalau perlu kalau kita gunakan insentif tambahan untuk meminta majikan membuat penyesuaian dan pekerja tempatan senang menerima dengan gaji yang lebih tinggi, ” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Dalam hal ini juga, jelas Anwar lagi kerajaan perlu bekerjasama rapat dengan kementerian berkaitan bagi menyelesaikan isu pengambilan pekerja asing.

Tambahnya, majikan perlu mencari penyelesaian agar tidak berlaku isu pengurangan pekerja sehingga merencatkan operasi sesebuah syarikat.

“Ladang-ladang, syarikat, restoran mengeluh kerana kurang pekerja, tunggu bertahun-bertahun, ladang pengeluaran terhambat, restoran ribuan ditutup. Kita masih tunggu keputusan cari pekerja tempatan, ia mesti dikaji dan dicari,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI