fbpx

Kurang pekerja faktor kurang bekalan telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) akan mengatasi masalah kekurangan pekerja yang dihadapi penternak yang dilihat antara faktor berlakunya kekurangan bekalan telur ayam ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bagi mengatasi masalah yang dihadapi itu, pihaknya turut akan menjalankan kerjasama dengan pihak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia.

“Pengusaha akan diminta melipat gandakan pengeluaran kalau (mereka) tidak cukup pekerja, kami cuba memberi laluan mudah cara untuk mereka menambahkan pekerja.

“Sebab masalah utama mereka selain masalah harga makanan ialah masalah kekurangan pekerja.

“Sekarang kami cuba atasi melalui Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia untuk menambah pekerja di sektor pertanian dan termasuklah sektor yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Palestin Kuala Lumpur (ICPKL) 2023 di Seremban hari ini.

Hari ini media melaporkan mengenai keluhan pengusaha kuih raya berhubung kekurangan bekalan telur ayam di pasaran menjelang Ramadan dan perayaaan Aidilfitri.

Sementara itu, Mohamad menjelaskan, beliau tidak menolak berlakunya isu kekurangan bekalan telur menjelang musim perayaan dan perkara itu menurutnya akan diatasi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI