fbpx

Gempa Turkiye: Anwar hubungi Presiden Turkiye, Erdogan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berhubung dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan sebaik tiba dari Bangkok, Thailand selepas lawatan rasmi selama dua hari di negara jiran itu.

“Sejurus tiba dari Bangkok semalam, saya sempat bercakap dengan Presiden Turkiye untuk sampaikan ucapan dan doa atas tragedi bencana gempa yang menimpa Turkiye.

“Kerajaan Malaysia telah mengutus dua pasukan mencari dan menyelamat SMART serta membina satu ‘field hospital’, selain rakyat yang turut mengumpul dana bagi membantu saudara di sana,” ciap beliau menerusi laman Twitter rasminya hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan kerajaan Malaysia akan menyalurkan bantuan berjumlah lebih AS$2 juta (RM8.6 juta) kepada Turkiye dan Syria berikutan kejadian gempa bumi melibatkan kedua-dua negara itu pada Isnin lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak AS$1 juta adalah daripada Kerajaan Malaysia, manakala AS$1 juta lagi adalah sumbangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau berkata, sejumlah RM10 juta lagi disumbangkan Majlis Agama Wilayah Persekutuan di mana turut bersetuju secara bersama dalam permulaan penyaluran dana tersebut.

“Bagaimanapun, masalah rumit di Syria kerana kekangan penerbangan dan kos terlalu tinggi. Tetapi kita setuju untuk menyalurkan dana kerajaan Malaysia.

“Kita juga berharap bantuan daripada rakyat yang turut bersimpati akan disalurkan ke Turkiye dan sebahagian lagi ke Syria.

“Syria berdepan masalah sekatan dan masalah-masalah lain, maka kita salurkan melalui Palang Merah di sana, malah Konsul Kehormat Malaysia di Syria sudah dihubungi untuk memastikan penyaluran dana dan perubatan itu disalurkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya pada Rabu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI