fbpx

Gempa Turkiye: SMART keluarkan dua mangsa maut runtuhan apartmen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMART bersama pasukan lain mengeluarkan mangsa maut dalam runtuhan apartmen enam tingkat susulan gempa bumi di Nurdagi, Gaziantep, di Turkiye. FACEBOOK SMART

PETALING JAYA – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya mengeluarkan dua lagi mangsa maut dari runtuhan apartmen enam tingkat di Nurdagi, Gaziantep, di Turkiye.

SMART menerusi Facebook memaklumkan, kedua-dua mangsa tersebut melibatkan seorang wanita dan kanak-kanak.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan menggunakan peralatan khas pasukan SMART. Salam takziah,” katanya hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan, SMART berjaya mengeluarkan lapan mangsa yang telah meninggal dunia dari runtuhan bangunan tujuh tingkat di Nurdagi, Gaziantep, Turkiye.

Ia melibatkan tiga mangsa iaitu seorang wanita, lelaki dan kanak-kanak, manakala operasi seterusnya menemui lima mangsa iaitu tiga lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI