fbpx

Malaysia kekal sokong Konsensus 5 Perkara ASEAN terhadap Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry ketika menyertai Sesi Pemukiman Menteri Luar ASEAN di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia baru-baru ini. - FOTO IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia akan terus bekerja rapat dengan ASEAN bagi membantu Myanmar mencapai penyelesaian ke atas krisis politik di negara tersebut.

Perkara berkenaan ditegaskan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sambil mengulangi pendirian Malaysia kekal teguh menyokong Konsensus Lima Perkara ASEAN.

Katanya, Malaysia juga memahami cabaran bagi pelaksanaan efektif persetujuan itu yang dicapai para pemimpin serantau pada 2021.

“Malaysia menyokong usaha ASEAN di bawah Indonesia sebagai Pengerusi 2023 menerusi Utusan Khas yang disepakati pada mesyuarat di Jakarta baru-baru ini.

“Isu panas itu turut dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Bangkok, Thailand semalam,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Katanya, pemimpin Malaysia turut menzahirkan pembinaan satu konsensus kukuh bagi memberi mesej jelas kepada rejim junta Myanmar menamatkan kezaliman ke atas rakyatnya.

“Penegasan Malaysia itu adalah sejajar dengan pendirian negara ini yang akan terus mempromosikan budaya hidup damai dalam komuniti rencam sejagat seluruh dunia.

“Rantau ini seharusnya kekal teguh mempromosikan perdamaian, keselamatan dan kemakmuran dengan jutaan penduduknya membentuk satu komuniti bersama,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI