fbpx

Look At This! Konsep promosi pun Dolla tiru K-pop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menghitung hari menjelang pelancaran lagu baharu berjudul Look At This tidak lama lagi, kumpulan Dolla menggunakan pendekatan memuat naik foto-foto dan ‘teaser’ dalam laman sosial sebagai pemanas kemunculan semula mereka.

Kumpulan dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel, dan Tabby itu mengambil pendekatan tersebut sebagai memberi isyarat buat semua untuk terus mengikuti karier Dolla, terutama muzik baharu yang bakal dikongsi dalam masa terdekat.

Sebagaimana dilakukan artis K-Pop setiap kali menjelang ‘comeback’, Dolla turut menggunakan pendekatan sama.

Hantaran foto bersiri dimuat naik secara berkala dengan info grafik dalam bentuk kolaj yang menampilkan imej serta konsep terbaharu dipilih untuk mereka ketengahkan.

Pengurus promosi dan pemasaran Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar berkata, pendekatan itu tentu sekali tarikan yang cukup penting. Apalagi pengikut Dolla sememangnya ramai daripada kalangan peminat muzik K-Pop, mereka tentunya teruja melihat kumpulan itu mempamerkan kesungguhan mereka.

KUMPULAN Dolla mengambil pendekatan serupa dengan artis-artis K-pop yang menghangatkan kemunculan semula menerusi perkongsian gambar-gambar menarik dalam laman sosial.

“Kalau kita tengok trend artis K-Pop, mereka akan menggunakan pendekatan berkongsi ‘teaser’ secara berkala setiap kali melakukan ‘comeback’.

‘Jadi, untuk Dolla pun kami buat pendekatan sama kerana kami yakin peminat mereka memang sukakan konsep yang lebih interaktif sebegitu.

“Foto dan info grafik yang dimuat naik pun dihasilkan khas kerana setiap projek termasuk lagu baharu mereka akan datang itu ada nilai istimewa tersendiri. Oleh itu, Dolla ingin berkongsi rasa istimewa itu kepada peminat terutama atas sokongan berterusan mereka sepanjang perjalanan mereka sejak awal dulu,” katanya.

Kali terakhir Dolla melancarkan lagu adalah pada 2 Disember lalu menerusi lagu Sudi hasil kerjasama dengan Yonnyboii.

Tahun lalu khasnya, kumpulan ini cukup rancak melancarkan beberapa lagu selain menjayakan pelbagai tawaran persembahan besar. Kemudian, mereka tumpukan pula kepada penghasilan lagu Look At This sebagai projek ‘comeback’.

Pada hujung Januari lalu, Dolla turut melakar pencapaian membanggakan apabila menjadi satu-satunya artis tempatan beraksi di acara muzikal besar iaitu Seen Festival in Kuala Lumpur 2023. Mereka berkongsi pentas dengan penghibur K-Pop terkemuka termasuk NCT DREAM, WayV, KARD dan ALICE. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI