fbpx

Malaysia komited perkukuh peranan ICT sebagai pemacu utama transformasi ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

PUTRAJAYA – Penyertaan Malaysia di Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN ke-3 (ADGMIN3) adalah bagi menzahirkan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan peranan teknologi komunikasi maklumat (ICT) sebagai pemacu utama transformasi ekonomi dan sosial ASEAN pasca Covid-19.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Malaysia aktif memberikan sumbangan kepada agenda pembangunan sektor telekomunikasi dan teknologi digital di rantau ASEAN melalui pelaksanaan projek digariskan dalam Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ADM2025).

“Saya telah mengetuai Delegasi Malaysia ke ADGMIN3 yang diadakan pada 9 dan 10 Februari 2023 di Boracay, Filipina yang bertemakan Synergized ASEAN: Human-Centric Approach to a Sustainable Digital Transformation’.

“Mesyuarat telah memperakukan Deklarasi Boracay yang secara dasarnya menggariskan komitmen negara-negara anggota ASEAN pada tahun 2023 bagi memantapkan jalinan kerjasama ke arah pembangunan sektor telekomunikasi dan teknologi digital melalui pelaksanaan projek-projek selari dengan ADM2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Fahmi menegaskan bahawa segala persetujuan yang dibuat di dalam mesyuarat tersebut bukanlah melambangkan pendirian Malaysia mengiktiraf Majlis Pentadbiran Negara (SAC) sebagai Kerajaan Myanmar yang sah.

“Malaysia sentiasa menekankan pendirian agar pihak SAC perlu menyegerakan pelaksanaan untuk mencari penyelesaian kepada kemelut politik di Myanmar,” ujar beliau.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Seri Mohammad Mentek juga telah mengetuai Delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Digital ASEAN (ADGSOM) pada 6 hingga 8 Februari 2023 di lokasi yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI