fbpx

Pembantu rumah Indonesia diberikan pampasan lebih RM476,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 7 Oktober 2022 memaparkan Kartika menunjukkan parut pada badan akibat didera oleh majikannya. – AFP

HONG KONG – Seorang wanita Indonesia yang dipukul bekas majikannya di Hong Kong dan mengalami melecur diberikan pampasan lebih AS$110,000 (RM476,575) hari ini.  

Penderaan  terhadap Kartika Puspitasari, 40, menjadi tajuk utama akhbar satu dekad lalu dan mencetuskan protes oleh pembantu-pembantu rumah di Hong Kong.

Majikannya didapati bersalah dan dipenjarakan pada 2013 selepas mahkamah mendengar bagaimana mereka melancarkan kempen keganasan dan memalukan mangsa selama dua tahun.

Dia ditekap menggunakan seterika panas  dan dipukul dengan rantai basikal, menyebabkan badannya berparut di samping mengalami trauma.

Keganasan terhadap Kartika hanya didedahkan selepas dia mendapat perlindungan konsulat dan akhirnya pulang ke Indonesia tanpa menerima sebarang gaji.

Hari ini, seorang hakim memutuskan bahawa Kartika dilayan secara tidak berperikemanusiaan dan menganugerahkannya pampasan sebanyak AS$110,650 (RM479,059). 

Di kediamannya di Padang, Pulau Sumatera, Kartika menangis apabila menerima berita tersebut menerusi panggilan video.

“Saya tidak dapat menggambarkan kebaikan kamu semua dengan kata-kata,” ujar wanita itu yang berterima kasih kepada peguam dan rakan-rakannya.

Kira-kira 340,000 pembantu rumah imigran dengan kebanyakan mereka berasal dari Indonesia dan Filipina bekerja di Hong Kong. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI