fbpx

Bill Gates temui cinta baharu selepas bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bill Gates kini didakwa mempunyai kekasih, Paula Hurd yang merupakan balu Presiden Oracle, mendiang Mark Hurd. - Foto AFP/GettyImages

WASHINGTON – Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dilaporkan menemui cintanya iaitu Paula Hurd yang merupakan balu bekas Presiden Oracle, lapor portal berita MailOnline semalam.

Paula ialah balu Mark Hurd yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat komputer tersebut. Mark meninggal dunia pada usia 62 tahun pada 2019 selepas dilaporkan bertarung dengan kanser.

“Mereka tidak dapat dipisahkan. Mereka telah bersama lebih setahun dan dia (Paula) selalu digambarkan sebagai wanita misteri,” kata seorang rakan pasangan tersebut kepada MailOnline. 

Pernah menjadi eksekutif teknologi, Paula kini menjadi perancang dan penganjur acara dan seorang dermawan.

Mendiang suaminya menghabiskan sebahagian besar kerjayanya di syarikat teknologi NCR dan kemudian di Hewlett-Packard sebelum menyertai Oracle pada 2010. Dia mempunyai anggaran nilai kekayaan bersih AS$500 juta (RM2.16 bilion) ketika kematiannya.

Menurut majalah Us, pada Mei 2021, Gates dan Melinda bercerai selepas 27 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dengan tiga orang anak. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI