fbpx

Warga emas maut motosikal bertembung kereta dipandu remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat dalam nahas di Bandar Satelit Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka, hari ini. - foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

ALOR GAJAH – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Bandar Satelit Pulau Sebang di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Soam Soon Ee, 63, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Demak EX 90 dalam perjalanan dari Tampin, Negeri Sembilan ke Pulau Sebang.

“Setiba di lokasi, motosikal ditunggang mangsa bertembung dengan sebuah kereta jenis Kia Rio UB dipandu remaja 18 tahun di pertengahan lampu isyarat bandar satelit Pulau Sebang.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang bekerja di bengkel kereta mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya.

Arshad berkata, mayat mangsa dihantar ke unit forensik hospital untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI