fbpx

Benzema, Militao kembali perkuat Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA semakin pulih daripada kecederaan paha dan akan menyertai pasukan di Rabat untuk bersiap menentang Al Hilal awal pagi esok. – AFP

RABAT – Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti membe­ritahu bahawa dua pemainnya, Karim Benzema dan Eder Militao akan terbang dari Madrid untuk menyertai pasukan bagi menghadapi aksi final Piala Kelab Dunia awal pagi esok.

Kedua-dua pemain itu terlepas aksi ketika Real mencatat kemenangan 4-1 menewaskan Al Ahly pada aksi kelmarin kerana kecederaan, namun dilaporkan kembali cergas untuk turun memperkuatkan pasukan itu.

Benzema dan Militao berdepan masalah kecederaan paha sebelum ini menyebabkan mereka juga terlepas aksi menentang Real Mallorca pada aksi La Liga hujung minggu lalu yang menyaksikan mereka tewas.

“Mereka belum pulih sepenuhnya, namun perkembangan Benzema lebih baik berbanding Militao. Mereka berdua akan turun menjalani latihan bersama pasukan nanti dan kita akan lihat keputusannya,” kata Ancelotti.

Dani Carvajal terlepas aksi separuh akhir lalu akibat demam, manakala Marco Asensio berdepan masalah otot, namun Ancelotti mengesahkan bahawa kedua-dua mereka akan kembali turun menjalani latihan.

Bagaimanapun, mereka hampir pasti terpaksa melupakan khidmat penjaga gol, Thibaut Courtois serta dua lagi pemain, Ferland Mendy dan Eden Hazard yang masih berdepan masalah kecederaan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI