fbpx

THT sedia buru dua lagi gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THT terus membuktikan kemampuannya selepas muncul juara Piala Sumbangsih dengan menewaskan TNB kelmarin. – FB MHC

KAPTEN Pasukan Hoki Terengganu (THT), Mohd. Fitri Saari tidak mahu rakan sepasukannya terbuai dengan kejayaan mendakap Piala Sumbangsih ke­rana misi mereka musim ini masih lagi belum tercapai.

Fitri antara pemain yang meledak gol buat THT dalam kemenangan 4-3 ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada aksi pertama Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 untuk merebut Piala Sumbangsih malam kelmarin.

“Mungkin pemikiran kami sedikit ‘lari’ selepas aksi kembali berlangsung setelah tertangguh lama disebabkan hujan lebat.

“Perlawanan memang sengit selepas TNB berjaya samakan kedudukan 3-3 sebelum kami mendapat gol kemenangan. Saya sangat gembira dengan pres­tasi pasukan keseluruhan.

“Kami idam dua piala musim ini, tetapi kalau dapat tiga adalah bonus. Apa-apa pun kami perlu fokus satu demi satu, tak boleh terus memikirkan semua­nya sekali,” kata Fitri.

Tiga lagi gol oleh gergasi Pantai Timur di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu diperoleh menerusi dua jaringan bintang Korea Selatan, Jang Jong-hyun dan satu daripada Shello Silverius.

TNB pula terpaksa akur de­ngan kekalahan walaupun berjaya meledak tiga gol menerusi Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan dan Muhammad Amirul Hamizan Azahar.

Dalam masa sama, Fitri meng­a­kui tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan taktikal ketua jurulatih baharu dari Korea Selatan, Seo Jongho.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI