fbpx

Dua pemuda didakwa pecah rumah, lupus harta curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini bagi pertuduhan memecah masuk kediaman dan melupuskan harta curi. Foto oleh Iqbal Hamdan/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini atas pertuduhan memecah masuk sebuah kediaman dan melupuskan harta curi bulan lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh iaitu M. Panjanathan, 36, dan R. Sharvin, 22, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Mengikut pertuduhan pertama,Panjanathan dan Sharvin didakwa memecah masuk sebuah rumah di Taman Machang Bubok dan mencuri seutas jam tangan jenama Rolex, seutas gelang emas dan lima loket emas pada pukul 1.15 tengah hari, 18 Januari lalu.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan didenda atau sebatan bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

Bagi pertuduhan kedua pula, mereka didakwa bersama menghapuskan harta curi iaitu sebuah permainan video Sony Playstation 3 milik seorang individu di sebuah premis di Kompleks Megamall Pinang di sini, 21 Januari lalu.

Mahkamah memerintahkan setiap tertuduh dijamin RM6,000 bagi pertuduhan pertama dan RM4,000 bagi pertuduhan kedua dengan seorang penjamin.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI