fbpx

Komando lemas: Edrin sempat bagi wang bayar bil rumah ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lans Koperal Edrin (tengah) bersama ibu dan bapanya di kampung halaman di Tongod, Sabah.

MELAKA – Keluarga anggota Tentera Darat, Lans Koperal Edrin Daintin, 25, yang dikhuatiri lemas ketika latihan menyelam di perairan Pulau Undan, Selasa lalu masih menaruh harapan agar mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat.

Abangnya, Andy, 28, berkata, kali terakhir keluarganya berjumpa Edrin adalah pada sambutan Tahun Baharu Cina lalu dan mangsa sempat memberikan sejumlah wang bagi membayar bil kediaman ibu bapa mereka di Tongod, Sabah.

Katanya, meskipun keluarganya reda dengan insiden yang berlaku, namun mereka tidak pernah berhenti berharap anak bongsu daripada 10 beradik tersebut dapat ditemui dalam keadaan selamat.

“Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada sambutan Tahun Baharu Cina di rumah kakak di Klang, Selangor. Keluarga besar kami berkumpul pada majlis perkahwinan kakak 22 Mei tahun lalu.

“Dia memang seorang anak yang amat mengambil berat perihal keluarga, meskipun sibuk bertugas dia tetap akan membuat panggilan video. Kali terakhir kami bersembang secara virtual pada awal bulan sebelum dia menjalani kursus selaman,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Mengulas lanjut, dia berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa Edrin melalui aplikasi WhatsApp pada pukul 4 petang, Selalsa lalu.

“Saya kemudian menghubungi sepupu yang bertugas di Kem Iskandar, Mersing bagi mendapatkan pengesahan berhubung kejadian itu.

“Kami mempunyai seorang abang yang juga askar dan sedang berkursus di Semenanjung, jadi kami empat beradik yang berada di sini berkumpul di Kem Sungai Udang bagi mengikuti perkembangan operasi pencarian adik,” katanya.

Jelasnya, ibu dan bapanya bagaimanapun hanya mengikuti perkembangan dari kampung mereka di Sabah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI