fbpx

Akhirnya ada juga makanan turun harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Premis yang menyediakan Menu Rahmah dengan harga makanan sepinggan serendah RM5.

“Hujan sahaja yang turun, yang lain tiada turun (termasuk harga makanan).”

“Harga makanan atau barang kalau sudah naik, pastinya tidak akan turun-turun.”

Ini ayat-ayat klise yang sudah jemu didengar sejak dahulu lagi apabila berlaku kenaikan harga makanan.

Peniaga memberi pelbagai alasan untuk ‘menghalalkan’ kenaikan itu. Harga bahan mentah semuanya mahal, pekerja mahu gaji tinggi sekurang-kurangnya RM50 sehari dan sewa kedai pun semakin naik beribu-ribu ringgit sebulan.

Itu tidak termasuk lagi kos yang perlu ditanggung untuk membayar bil utiliti seperti bekalan elektrik dan air selain pengangkutan ulang-alik ke pasar.

Kata mereka, semua kos ini menyebabkan harga makanan tidak boleh diturunkan, kalau turun rugi besar.

Bagaimanapun, dengan pengenalan Menu Rahmah, rupa-rupanya harga makanan sebenarnya boleh diturunkan jika peniaga mahu, tidaklah hanya hujan yang turun.

Sebelum menu murah itu diperkenalkan, harganya lebih kurang RM7 setiap hidangan yang mengandungi nasi putih bersama ayam atau daging atau ikan, kuah, sayur dan air kosong.

Tetapi selepas Menu Rahmah wujud, harga tidak sampai RM5. Maknanya sebelum ini peniaga boleh menurunkan harga, cuma tidak dapat untung besar.

Ada peniaga lain cakap hanya rangkaian restoran besar yang boleh menyediakan Menu Rahmah kerana membeli barangan dan bahan mentah secara pukal pada harga murah.

Bagi peniaga kecil-kecilan, mereka tidak mampu menawarkannya dengan alasan segala kos sudah naik.

Namun peliknya, selepas rangkaian restoran besar menyediakan Menu Rahmah, ramai peniaga yang biasa-biasa turut ‘berlumba-lumba’ menurunkan harga dengan menyediakan hidangan itu.

Timbul persoalan bagaimanapun mereka boleh mencapai keuntungan dengan menawarkan hidangan pada harga di bawah RM5, sedangkan ramai peniaga lain mendakwa akan mengalami kerugian jika berbuat demikian.

Sama juga dengan segelintir peniaga lain yang sejak dahulu masih mampu menjual kuih donut 10 sen sebiji, sekeping roti canai 50 sen, nasi lemak RM1 sebungkus dan mi udang galah RM5 semangkuk.

Sudah tentu peniaga-peniaga seperti ini telah lama ‘lingkup’ disebabkan jualan yang terlalu murah, namun sehingga kini perniagaan mereka masih bertahan. Apakah sebenarnya strategi mereka?

Pokok pangkalnya tujuan seseorang peniaga itu sama ada mahu untung besar, sedikit atau lebih kepada niat mahu membantu dan bersedekah kepada masyarakat terutama golongan miskin.

Tidak salah jika mahu mendapatkan keuntungan besar, asalkan tidak terus menganiaya pelanggan dengan mengenakan harga mahal, sedangkan terdapat bahan mentah yang telah turun harga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI