fbpx

6 suspek ugut YouTuber diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan senjata tajam yang dirampas hasil tangkapan ke atas enam suspek yang mengugut YouTuber di IPK Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya memberkas enam lelaki disyaki terlibat dengan kejadian ugutan jenayah ke atas personaliti media sosial (YouTuber) dalam lima serbuan berasingan di Johor Bahru dan Ayer Hitam, Batu Pahat dekat sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek yang berusia antara 25 hingga 35 tahun itu ditahan dalam serbuan antara 15 hingga 18 Oktober lalu.

Menurutnya, kejadian ugutan itu tular di laman sosial pada 3 Oktober lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.

“Rakaman video berdurasi 11 minit 50 saat itu memaparkan tiga youtuber mendedahkan rumah kakak, rakan serta pejabat mereka di Johor Bahru dan Kulai disimbah cat serta khianat dengan api.

“Mereka secara terus meminta saya untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap suspek yang terlibat.

“Hasil maklumat dan risikan pihak polis, kita berjaya mengesan dan memberkas enam suspek menerusi lima serbuan berasingan di sekitar Ayer Hitam dan Johor Bahru,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen  Johor hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Ayob Khan berkata, siasatan polis turut mendapati suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ah long.

Kosmo! pada 6 Oktober lalu melaporkan tiga personaliti YouTube tempatan membuat laporan polis setelah menerima ancaman oleh sindiket pinjaman tidak berlesan atau ah long.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI