fbpx

Dakwaan penyelewengan dan kerugian RM157j UiTM Holdings disiasat SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPRM - Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan ke atas beberapa dakwaan penyelewengan yang mengakibatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Holdings Sdn. Bhd. mengalami kerugian mencecah RM175 juta.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, siasatan yang dilakukan akan memfokuskan kepada beberapa isu khususnya melibatkan dana dan beberapa pelaburan dibuat UiTM Holdings sehingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

“Tumpuan dan fokus siasatan SPRM adalah terhadap kes-kes yang disyaki melibatkan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Isu kerugian RM157 juta adalah terlalu terlalu umum dan SPRM akan memperincikan setiap isu yang dikatakan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hishamuddin, sekiranya benar berlakunya rasuah dan penyelewengan maka ianya tidak akan terlepas dari siasatan SPRM.

“Bukan semua pelaburan atau perbelanjaan melibatkan perbuatan jenayah. Ianya juga melibatkan isu tatakelola dan pengurusan yang lemah.

“Jika kita lihat ianya berkaitan jenayah khususnya rasuah maka kertas siasatan akan dibuka,” tambah beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online pada 9 Februari lalu melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada SPRM bagi menyiasat isu ketidakcekapan dan ketirisan berhubung kerugian RM157juta oleh UiTM Holdings.

Berdasarkan laporan kewangan pada 2017 dan 2021, syarikat yang menjadi harapan UiTM itu juga didapati tidak memaklumkan laporan kewangannya bagi tahun 2020, justeru kerugian terkumpul dicatatkan dalam tempoh 10 tahun adalah sebanyak RM157.8 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI