fbpx

12 jalan tutup sempena Grand Fondo New York

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dataran Merdeka.

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur akan menjalankan penutupan dan lencongan di beberapa jalan di pusat bandaraya sempena perlumbaan basikal Grand Fondo New York (GFNY) 2023 pada 12 Februari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, ia akan dilakukan secara berperingkat bermula pukul 6.30 pagi hingga pukul 9 pagi.

Jelasnya, pembukaan semula jalan-jalan ini juga akan dibuka secara berperingkat bermula pukul 9 pagi sehingga pukul 11.30 pagi.

“Seramai 110 orang yang terdiri daripada tujuh Pegawai Kanan dan 103 Pegawai Rendah Polis dari JSPT KL akan menjalankan penugasan kawalan lalulintas.

“Kawasan yang terlibat adalah Jalan Raja, Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang,Jalan Tun Razak ke arah Lebuhraya Sultan Iskandar dan Jalan Kuching ke Jalan Kinabalu.

“Jalan Maharajalela ke Jalan Loke Yew, Bulatan Billion ke MRR2, MRR2 sehingga ke Taman Metropolitan ke sempadan Selangor, Jalan Kuching bermula Bulatan Batu Caves sehingga Bulatan Segambut dan Jalan Kuching sehingga Bulatan Dato Onn dan ke Dataran Merdeka juga akan ditutup dan dilencongkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Permulaan perlumbaan basikal Grand Fondo New York (GFNY) 2023 akan diadakan di Dataran Merdeka, melalui beberapa jalan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur serta Selangor dan akan berakhir di Dataran Merdeka.

Terdapat dua kategori perlumbaan di peringkat profesional dan semi profesional iaitu 70 kilometer (KM) dan 140 km dengan penyertaan seramai 1,200 peserta yang terdiri dari peserta luar negara dan dalam negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI