fbpx

Pemandu treler didenda RM10,000 kerana memandu secara cuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIAS didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Gerik hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu dengan cuai hingga menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa seorang bayi dalam kan­dungan tahun lalu.

GERIK – Seorang pemandu treler didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu dengan cuai hingga mengakibatkan kemalangan yang meragut nyawa seorang bayi dalam kan­dungan, Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Alias Awang, 49, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Savinder Singh.

Savinder turut memerintahkan Alias dikenakan hukuman penjara 12 bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan serta memerintahkan butiran sabitan tertuduh dinyatakan dalam mana-mana lesen memandu milik lelaki itu.

TANGKAP layar daripada rakaman kamera papan pemuka menunjukkan muatan terjatuh dari lori dipandu laju
ketika mengambil selekoh di laluan Gerik-Jeli pada 29 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak yang memandu treler jenis Hino itu didakwa memandu kenderaan tersebut di jalan raya tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya terhadap orang lain yang menggunakan jalan berkenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 69, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di dalam daerah Gerik pada pukul 10.50 pagi, 29 Oktober 2022.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), yang membawa hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan selain butiran kesalahan wajib dinyatakan dalam lesen memandu, jika sabit kesalahan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI