fbpx

KGKS mohon KPM beri peluang anak Sabah isi kekosongan guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Kifflee (tengah) bersama Setiausaha Agung KGKS, Riduan Mohd. Yassin (kiri) pada sidang akhbar di Kota Kinabalu, Sabah semalam.

KOTA KINABALU – Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menyarankan agar Kementerian Pendidikan (KPM) memberi peluang kepada graduan daripada kalangan anak jati Sabah untuk mengisi kekurangan guru di negeri itu.

Presiden KGKS, Mohd. Kifflee Alli berkata, ia sebagai langkah mengatasi kadar pengangguran selain bagi mengelakkan lebih ramai tenaga kerja berhijrah keluar daripada negeri tersebut.

Katanya, berdasarkan data yang dibuat KGKS, seramai 111 orang graduan di negeri ini ingin memohon menjadi guru, manakala 74 orang calon yang sudah memohon Contract Of Service (COS) pada tahun 2021 tidak dipanggil temuduga.

“Pada tahun 2021, seramai 111 orang siswazah Sabah yang ingin memohon menjadi guru, berdasarkan tinjauan yang dibuat ke atas graduan tempatan di negeri ini.

“Bagaimanapun, dapatan KGKS pada tahun ini mendapati seramai 74 orang calon layak yang telah memohon COS pada tahun 2021 tidak berjaya dipanggil temuduga,” ujar Mohd. Kifflee Alli pada sidang akhbar di sini semalam.

Jelas beliau, isu pengangguran yang serius di Sabah perlu dilihat secara holistik dan ditangani secara bersama oleh semua pihak, salah satunya melalui penglibatan KPM dengan memanfaatkan tenaga graduan daripada kalangan anak jati di negeri itu sebagai pendidik.

Beliau mencadangkan agar KPM segera melaksanakan tindakan serampang dua mata dengan mewujudkan permohonan khas jawatan guru kepada graduan anak jati negeri itu sebagai langkah mengatasi masalah kekurangan guru, sekali gus mengurangkan kadar pengangguran di negeri bawah bayu itu.

“KGKS juga memohon supaya guru-guru COS yang sedang berkhidmat dan masih berstatus kontrak agar dipermudahkan laluan mereka menjadi guru tetap sekiranya mereka mempunyai kelayakan.

“Kadar pengangguran di Sabah pada suku ketiga tahun lepas iaitu 8.2 peratus seramai 174,200 orang perlu dilihat secara serius, menyeluruh dan diselesaikan oleh semua pihak, salah satunya melalui penglibatan KPM dengan memanfaatkan graduan anak jati negeri ini yang ingin menjadi guru.

“Kita tidak mahu lebih ramai bakat di negeri ini keluar berhijrah keluar seperti apa yang berlaku pada tahun 2020 apabila seramai 45,900 orang tenaga kerja Sabah dilaporkan oleh Kementerian Sumber Manusia berhijrah mencari peluang kerja di luar. Ini isu ‘brain drain’ yang sangat kronik,”ujarnya.

Justeru, mekanisme yang boleh diambil oleh sektor pendidikan pada ketika ini bagi menangani isu kekurangan guru di Sabah adalah dengan memanfaatkan terlebih dahulu bakat dalam kalangan graduan siswazah negeri ini yang ingin menjadi guru.

“Dengan itu, bukan sahaja isu kekurangan guru dapat diatasi, malah sedikit sebanyak KPM juga akan dianggap prihatin terhadap masalah pengangguran dan ‘brain drain’ di negeri ini,” tambah beliau.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI