fbpx

Pelajar maut dalam perjalanan undang rakan sambut hari jadi bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang dinaiki mangsa selepas bertembung dengan sebuah kereta.

ALOR GAJAH – Hasrat seorang pelajar sekolah untuk mengundang rakan-rakannya datang ke rumah bagi meraikan hari jadi bapanya tidak kesampaian apabila maut dalam nahas di Jalan Pegoh Dalam, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Muhammad Azrief Karim, 16, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di dada.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan dari arah Kampung Pegoh Dalam menghala ke Pegoh.

“Setibanya di tempat kejadian, sebuah kereta Perodua Kelisa dari arah bertentangan yang dipandu seorang warga emas berusia 61 tahun tiba-tiba membelok ke kanan memasuki simpang lorong ke rumahnya.

“Mangsa bagimanapun gagal mengelak dan telah merempuh bahagian sisi pintu penumpang hadapan kereta terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, akibat rempuhan itu, mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Talib Karim mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Difahamkan, mangsa ketika itu dalam perjalanan untuk menjemput rakan-rakannya makan di rumahnya sempena sambutan hari jadi bapanya.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI