fbpx

Tajuk berbaur fitnah, Aaron Aziz beri amaran kepada blogger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz berang apabila seorang pemilik blog menulis tajuk berbaur fitnah terhadap keluarganya dalam satu hantaran di Facebook baru-baru ini.

Amaran tersebut disampaikan sendiri oleh Aaron menerusi video di Facebook dengan meminta blogger tersebut memadam entri bertajuk: “Aaron Aziz k4ntoi dengan isteri berasmara dengan perempuan lain” Bukti pun dah ada”.

Entri sebuah blog yang didakwa menulis tajuk berbaur fitnah mengenai Aaron dan isteri baru-baru ini.

Menurut pelakon filem KL Gengster itu, dia memberi amaran kepada pemilik blog tersebut supaya memadam video tersebut dengan kadar segera.

“Saya nak beritahu penulis blog itu, kalau nak buat tajuk artikel tentang diri dan keluarga aku, jangan tulis tajuk fitnah.

“Sekarang aku bagi kau amaran supaya turunkan video tersebut segera atau kau akan tengok apa yang akan berlaku selepas ini,” tegasnya.

Tambah Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz,44, blog tersebut tidak seharurnya membuat tajuk begitu semata-mata untuk menairk pembaca.

“Jangan nak buat kelakar setakat nak tarik orang baca blog bo**h itu.

“Aku beri amaran selama tiga jam supaya pemilik blog itu tarik semula entri terbabit. Kalau tidak, saya akan buat laporan polis dan tengoklah apa yang akan terjadi,” katanya dalam video tersebut.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, pemilik blog tersebut telah memadam entri berkenaan.

Aaron juga telah memadam video amaran pertama itu dan memuat naik video kedua berdurasi 50 saat dalam Instagramnya hari ini.

“Aku bagi korang muka, korang bagi aku muka. Itu cara yang betul. Lain kali jangan nak buat blog dan tajuk b**oh yang mendatangkan fitnah dengan cara yang salah.

“Mengaibkan orang, menfitnah orang buat apa? Kalau nak buat sesuatu, mulakan dengan niat yang baik. Jangan terikut-ikut tulis tajuk yang bo**h itu. jadikan pengajaran,” katanya.

Difahamkan, amaran tersebut ditujukan kepada pemilik blog menulis kisah Aaron yang meninggalkan komen berbentuk gurauan romantis dalam satu hantaran foto pelakon Bollywood terkenal, Pretty Zinta baru-baru ini.

Menerusi foto yang dikongsikan pelakon Bollywood itu, Aaron Aziz sempat meninggalkan komen memanggil pelakon tersebut dengan panggilan sayang.

Bahkan, dia turut bergurau dengan menulis komen merindui pelakon Kal Ho Naa Ho tersebut dalam bahasa Melayu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI