fbpx

Lelaki maut, gagal elak kereta masuk simpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di Kilometer 5, Jalan Batang Kali - Genting Highlands, Hulu Selangor, petang tadi.

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas parah di kepala akibat merempuh sebuah kereta yang sedang masuk simpang di Kilometer 5, Jalan Batang Kali – Genting Highlands, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta yang dianggarkan berlaku pada pukul 2.30 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati, lelaki tempatan berusia 29 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Batang Kali dalam perjalanan ke Genting Highlands.

“Lelaki tersebut telah melanggar sebuah kereta Perodua Bezza dipandu lelaki tempatan berusia 53 tahun yang sedang masuk simpang di tempat kejadian.

“Ekoran itu, penunggang motosikal tersebut telah terjatuh di jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala susulan perlanggarannya dengan kereta terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Suffian, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu, di sini.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh salurkan di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI