fbpx

Inisiatif TnG tidak cukup untuk atasi masalah sedia ada – KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berpandangan bahawa inisiatif yang diambil oleh syarikat Touch ‘n Go (TnG) bagi mengatasi aduan orang ramai berkaitan isu kad TnG masih belum mencukupi.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berpandangan bahawa inisiatif yang diambil oleh syarikat Touch ‘n Go (TnG) bagi mengatasi aduan orang ramai berkaitan isu kad TnG masih belum mencukupi.

KPDN berkata, sesi libat urus seterusnya akan memberi tumpuan kepada pelan tindakan jelas terutama dari segi tempoh masa yang ditetapkan dan aktiviti-aktiviti secara lebih terperinci.

Menurutnya, KPDN juga akan terus memantau dan memastikan isu-isu yang dibangkitkan pengguna diselesaikan segera demi kesejahteraan rakyat.

“KPDN berpandangan inisiatif yang diambil oleh pihak syarikat TnG masih belum mencukupi,” katanya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

Jelas kenyataan itu, hasil sesi libat urus Pasukan Petugas Khas diketuai Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd. Yusof, telah mengenal pasti beberapa penambahbaikan segera oleh syarikat TnG dalam tempoh seminggu.

Antara langkah dikenal pasti termasuk penambahan bilangan kad TnG sehingga 3.5 juta pada tahun 2023 berbanding 2.68 juta kad pada tahun 2022 selain melaksanakan notifikasi sebulan lebih awal bagi kad tamat tempoh.

Selain itu, KPDN berkata, TnG juga akan melaksanakan proses bayaran balik baki kad kepada pengguna dengan kadar segera selain meningkatkan advokasi berkaitan fungsi Kad Visa TnG bagi mengelak kekeliruan pengguna dan menurunkan iklan penjualan kad tidak berdaftar.

“Syarikat TnG telah mengambil tindakan segera dengan menghantarkan notis rasmi kepada platform e-dagang bagi menurunkan semua iklan penjualan produk TnG yang tidak berdaftar.

“Notis rasmi juga telah dihantar kepada pengendali syarikat minyak, peruncitan dan pengedar sah bagi memastikan mereka mengikuti harga yang ditetapkan termasuk kawalan penjualan satu kad untuk setiap pelanggan,” katanya.

Sebelum ini, KPDN menubuhkan sebuah pasukan khas bagi meneliti masalah berkaitan sistem pembayaran baharu (TnG) yang didakwa bermasalah, sejak kebelakangan ini.

Antara aduan yang diterima kebanyakannya melibatkan rebat kad dan kad prabayar TnG yang gagal diaktifkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI