fbpx

Penyelia kilang maut tercampak langgar kereta rosak tanpa kon amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat mangsa yang ditutupi kain putih di lebuh raya tersebut.

SHAH ALAM – Seorang penyelia kilang maut akibat tercampak atas sebuah kereta selepas melanggar kenderaan yang rosak tanpa kon amaran di Kilometer 10.4 Lebuh Raya Persekutuan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang gula di Seksyen 22 di sini dari rumahnya di Klang.

Katanya, mangsa yang berusia 60 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC telah melanggar belakang kereta jenis Proton Waja rosak yang berhenti di laluan kecemasan dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang.

“Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak atas kereta jenis Perodua Myvi yang melalui lorong kiri di lebuh raya dan mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Lorong motosikal di lokasi itu juga masih ditutup berikutan projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) manakala siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI