PETALING JAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan bahawa permohonan kuota bagi penggajian pekerja asing di bawah beberapa sub sektor telah dibuka sejak 25 Januari lalu.
Menerusi satu kenyataan, KSM berkata, antara sektor yang terlibat adalah perkhidmatan dobi, barang logam dan lusuh serta perusahaan sarang burung walit.
Jelas KSM, antara agensi yang terlibat dalam sub sektor tersebut adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Dalam Negeri Pertanian Sarang Burung Walet Kementerian Pertanian & Kerterjaminan Makanan (MAFI) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Majikan di bawah sub sektor yang dinyatakan boleh membuat permohonan penggajian pekerja asing melalui platform Foreign Worker Centralised Management System (FWCMS).
“Ia di bawah Modul FWe Approval bagi mendapatkan kelulusan penggajian pekerja asing daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) selaras dengan penguatkuasaan Seksyen 60K Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022),”kata KSM di sini, hari ini.
Tambah kenyataan itu, majikan seterusnya boleh membuat permohonan kuota melalui modul eQuota setelah mendapat kelulusan KP JTKSM.
Sebarang pertanyaaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Pekerja Migran KSM di talian 03-8885 2939/2940.- KOSMO! ONLINE