fbpx

Tuah Setia sedia sanitasi percuma kereta pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Sebuah pusat kecantikan kenderaan di Setia Alam di sini mengambil pendekatan sendiri dengan menyediakan semburan sanitasi secara percuma kepada pelanggannya sejak awal bulan ini bagi mengekang penularan Covid-19.

Inisiatif murni syarikat Tuah Setia itu bertujuan memastikan semua kenderaan terutama bahagian dalaman bebas daripada pandemik tersebut.

Pemilik syarikat itu, Naseer Hamid, 31, berkata, idea itu timbul selepas mendapati sebahagian besar pelanggan enggan keluar daripada kereta ketika cucian dilakukan di premis berkenaan.

“Sejak memulakan perniagaan pada Julai lalu, saya pelik melihat lima daripada 10 pelanggan sanggup berada di dalam kereta sehingga habis proses cucian.

“Apabila ditanya punca tindakan sedemikian, mereka memaklumkan enggan keluar kerana bimbang dijangkiti Covid-19,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Justeru, menurut bapa kepada anak itu, dia mengeluarkan modal sendiri untuk membeli peralatan dan cecair semburan sanitasi.

“Semburan itu diberikan secara percuma pada setiap hari kepada semua pelanggan yang datang mencuci dan paling bagi saya adalah kepuasan pelanggan.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana produk cecair sanitasi yang digunakannya mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Mengulas lanjut, Naseer berkata, semburan sanitasi itu akan disediakan sehingga tempoh yang diperlukan terutama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Langkah seumpama itu turut diharap mampu membantu usaha kerajaan yang giat memerangi peningkatan kes Covid-19 ketika ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI