fbpx

Nasihat tidak sertai ritual agama lain tuju kepada umat Islam – Mohd. Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im.

KAJANG – “Masing-masing ada pandangan masing-masing. Kita mengalu-alukan perbezaan pandangan.”

Demikian reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, berhubung kritikan Timbalan Presiden MIC, Datuk M. Saravanan terhadapnya.

Menurutnya, beliau menasihati umat Islam supaya tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Thaipusam berdasarkan pandangan dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah.

“Nasihat ini diberikan kepada orang Islam dan dalam masa yang sama saya juga sebut kepentingan perpaduan, keamanan dan kesejahteraan, jadi kekalkan tidak jadi masalah.

“Apa yang disebut mufti adalah penyertaan umat Islam dalam perayaan berbentuk ritual,” katanya pada sidang media sempena Konvensyen Huffaz Profesional Peringkat Antarabangsa (InFAZ 2023) di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dekat sini, hari ini.

Mohd. Na’im sebelum ini menasihati umat Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam kerana Thaipusam merupakan acara peribadatan agama yang khusus kepada para penganutnya.

Nasihat beliau itu namun menerima kritikan Saravanan yang secara sinis menyifatkan kenyataan tersebut tentu akan ‘mengembirakan’ kaum India yang mengundi kerajaan baharu.

“Merindui Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Thaipusam. (Lebih rindu apabila membaca berita Menteri Hal Ehwal Agama Kerajaan Perpaduan,” katanya yang turut memuat naik gambar lama Najib pada sambutan Thaipusam di Batu Caves. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI