fbpx

Geng Atam tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Amar (dua kanan) menunjukkan rampasan motosikal yang dicuri Geng Atam. FOTO : NOR AZIHAN MD. GHAZALI

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Kegiatan enam ahli Geng Atam yang aktif mencuri motosikal dan samun sejak lima tahun lalu bagi membeli dadah tumpas selepas diberkas dalam dua serbuan berasingan di dua buah daerah, baru-baru ini.

Kesemua suspek berusia 20 hingga 43 tahun termasuk ketua geng tersebut bermula pukul 3.30 pagi pada 19 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah hotel di USJ, Subang Jaya yang memberkas ketua geng tersebut berusia 26 tahun yang dikenali Atam.

Katanya, siasatan lanjut terhadap suspek itu membawa penahanan lima lagi ahli geng tersebut di Telok empat buah rumah di sekitar Panglima Garang, Kuala Langat.

“Turut dirampas dalam dua serbuan tersebut adalah beberapa motosikal curi termasuk Yamaha
LC dan Lagenda, Honda EX5 dan peralatan digunakan untuk aktiviti samun serta dadah jenis syabu.

“Siasatan mendapati empat daripada ahli geng ini merupakan adik-beradik dan mencuri motosikal bagi membeli dadah untuk kegunaan diri sendiri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut menahan 15 lagi suspek daripada kumpulan berlainan yang mempunyai rangkaian dengan Geng Atam dalam menjadi orang tengah dan pembeli motosikal curi tersebut.

Ujar Shamsul Amar, hasil siasatan lanjut mendapati Geng Atam ini turut aktif melakukan samun di pasar pagi di daerah ini dengan menyasarkan warga asing.

“Semakan mendapati kesemua 21 suspek yang ditahan termasuk Geng Atam mempunyai rekod lampau berkaitan samun dan dadah.

“Saringan ujian air kencing turut mendapati enam daripadanya positif dadah,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395, 397, 379 (A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI