fbpx

Healing bantu keluar fasa kesukaran hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
NUR EMIRA SAIZALI, WARTAWAN EKSEKUTIF

SEJAK dua tahun lalu, kita dilambakkan dengan masalah kesihatan mental yang kian merun­cing dalam kalangan masyarakat negara ini.

Tanpa sedar, perkara yang dikongsi ramai itu membuka mata tentang keseriusan masalah kesihatan mental, terutama golongan muda hari ini.

Pada awalnya, ada yang malu untuk mendedahkan diri sebagai pesakit mental kerana takut de­ngan stigma negatif masyarakat .

Namun, jika dilihat situasi pada hari ini, masyarakat kian terbuka membahaskan isu pe­nyakit yang rata-ratanya berpendapat berpunca daripada tekanan hidup.

Kata segelintir individu, tekanan boleh disembuhkan de­ngan pelbagai cara dan salah satu yang hangat dilakukan ramai ketika ini ialah trend pemulihan atau popular dengan nama ­healing.

Bagi segelintir individu, ­healing membantu meredakan rasa keresahan dan stres di­sebabkan pelbagai faktor seperti tekanan kerja, masalah peribadi dan sebagainya.

Antara cara healing paling popular dalam media sosial ketika ini ialah melancong dan beria­dah sama ada secara solo mahupun berkumpulan.

Cara itu mungkin efektif terhadap segelintir individu dan jika tidak, perlu juga dirujuk kepada pakar.

Menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Psikologi, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Raja Kamariah Raja Mohd Khalid, healing ialah teknik berkesan untuk membuatkan seseorang berasa lebih tenang.

“Ia penting kerana teknik ini dapat membantu dalam proses pemulihan kendiri, terutama selepas melalui fasa cabaran dalam kehidupan.

“Healing merangkumi beberapa aspek yang membantu dalam proses pemulihan iaitu penerimaan, celik akal, bertindak dan membina keyakinan diri,” kata­nya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Raja Kamariah berkata, menerusi aspek pertama, menerima dugaan dan kesukaran dalam kehidupan merupakan proses ­healing paling penting.

“Apabila kita mula belajar menerima, proses healing sebenar­nya sudah berlaku.

“Sementara, aspek celik akal pula apabila kita mengetahui punca rasa sedih yang dilalui.

“Jika ada pengetahuan tentang sesuatu perkara pun dah masuk dalam proses healing sebab bila celik akal, banyak perkara boleh dilakukan sebagai tindakan pemulihan,” ujarnya.

Sementara itu, bertindak pula bermaksud individu ber­kenaan mencari cara terbaik untuk memulihkan diri daripada kesukaran yang dilalui selepas ­mengetahui punca utama berlakunya hal tersebut.

“Apabila sudah celik akal, kita akan mula cari jalan penyele­saian iaitu bertindak dengan melakukan sesuatu untuk keluar daripada fasa sukar tersebut.

“Kemudian, apabila sudah bertindak, kita akan ada keyakinan diri untuk tangani kesukaran yang dilalui sebelum ini.

“Selepas melalui semua aspek tersebut, pemulihan diri sebenarnya sudah berlaku dan lebih menghargai semua yang kita miliki seterusnya dapat teruskan hidup dengan ‘bahan’ yang dimiliki daripada proses healing,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia tidak menolak semua trend dan teknik healing seperti yang sering tular dalam media sosial sejak kebelakangan ini.

“Sekiranya mengikut konsep media sosial, jika apa yang dilakukan dapat membantu individu berkenaan, okey sahaja cuma healing tu selalunya perkara yang membawa kebaikan,” tuturnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI