fbpx

Unta mati dibelasah penduduk selepas ‘kunyah’ kepala tuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa orang memukul unta selepas ia 'mengunyah' pemiliknya di Kampung Panchu, Bikaner, Rajasthan pada Isnin lalu. - Twitter

NEW DELHI – Seekor unta di India dipukul hingga mati oleh penduduk sebuah kampung selepas ia ‘mengunyah’ kepala tuannya, lapor portalberita MailOnline semalam.

Pemiliknya, Sohanram Nayak cuba menangkap semula haiwan yang mengamuk itu selepas terlepas daripada ikatan tali dan cuba mengejar seekor unta lain di Kampung Panchu, Bikaner, Rajasthan.

Haiwan itu kemudian menggigit leher pemiliknya, mencampakkannya ke tanah dan ‘mengunyah’ kepala Nayak, demikian menurut laman berita The Times of India.

Dalam video yang tular di media sosial, sekurang-kurangnya enam orang bersenjatakan kayu mengikat unta itu pada sebatang pokok sebelum dipukul hingga mati pada Isnin lalu.

Haiwan itu dilihat tersungkur selepas serangan tersebut manakala kamera turut menunjukkan tuannya sudah tidak bernyawa.

Menurut laporan tempatan, ahli keluarga mangsa terlibat dalam memukul unta berkenaan manakala jasad Nayak diserahkan kepada saudara-maranya selepas bedah siasat dilakukan.

Tiada aduan dibuat setakat ini berhubung pembunuhan haiwan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI