fbpx

Agihan berpusat Peranti Siswa di setiap negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto oleh FACEBOOK UITM.

PUTRAJAYA – Pengagihan baki Peranti Siswa kepada 51,083 penerima akan dilaksanakan menerusi dua bentuk sesi agihan, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Menurut beliau, sebanyak 315,760 atau 86 peratus peranti telah diagihkan kepada penerima Peranti Siswa daripada 366,843 pemohonan yang diluluskan setakat hari ini.

“Penjadualan pengagihan ke institusi-institusi penerima disegerakan dan Pusat Pengagihan Peranti Siswa (PPPs) akan digerakkan serentak di seluruh negara.

“Ia akan berlangsung pada 17 hingga 19 Februari (sesi pertama), 24 hingga 26 Februari (sesi kedua) dan 3 hingga 5 Mac (sesi ketiga) di pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi yang ditentukan di setiap negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Fahmi, pengagihan secara berpusat memberikan fleksibiliti kepada penerima untuk memilih pusat agihan dan sesi yang bersesuaian tanpa mengira lokaliti insitusi penerima asal.

“Ini bermaksud pelajar yang sedang bercuti, sedang menjalani latihan industri atau apa-apa sebab yang berkaitan dapat mengambil peranti masing-masing di PPPs yang terdekat pilihan masing-masing,” ujarnya.

Beliau berkata, pemohon yang telah lulus tetapi belum menerima peranti akan mendapat notifikasi dan boleh memilih pusat agihan serta sesi yang bersesuaian dengan mengakses akaun platform yang sama semasa permohonan tempoh hari di pautan https://perantisiswa.kkd.gov.my bermula hari ini.

Tambahnya, pengagihan berpusat Peranti Siswa itu membabitkan lima zon iaitu zon utara, zon tengah, zon selatan, zon timur serta zon Sabah dan Sarawak bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI