fbpx

Pemain Al Hilal terima RM1.14 juta seorang mara ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Al Hilal meraikan kejayaan mereka menundukkan Flamengo untuk mara ke pentas final Piala Kelab Dunia bertemu Real Madrid. – AFP

RABAT – Bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal memberikan ganjaran bonus 1 juta riyal (RM1.14 juta) kepada setiap pemain Al Hilal selepas mencipta kejutan mara ke pentas final Piala Kelab Dunia.

Kejayaan itu hadir selepas Al Hilal berjaya menumbangkan juara benua Amerika Selatan dari Brazil, Flamengo 3-2 pada aksi separuh akhir di Stadium Prince Moulay Abdellah kelmarin.

Ia membolehkan Al Hilal membuat perhitungan dengan juara Eropah, Real Madrid pada aksi final yang akan berlangsung awal pagi Ahad ini.

Putera Alwaleed yang merupakan Pengerusi Kingdom Hol­ding Co. adalah penyokong tegar Al Hilal dan mengumumkan di media sosial beliau mengenai hasratnya untuk memberikan jumlah ganjaran sama jika menang ke atas Real nanti.

Dalam masa sama, saluran sukan negara itu, SSC turut melaporkan setiap pemain Al Hilal akan mendapat insentif bernilai 500,000 riyal (RM574,000) daripada Menteri Sukan Arab Saudi selepas menewaskan Flamengo.

“Kemenangan ini adalah satu lagi bukti dan mengesahkan kemajuan yang dicapai dalam sukan bola sepak di negara ini,” kata Menteri Sukan Arab Saudi, Putera Abdulaziz al-Faisal dalam kenyataannya di Saudi Press Agency (SPA).

Ia adalah pencapaian bersejarah kerana Al Hilal muncul kelab pertama dari Arab Saudi berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Kelab Dunia dalam sejarah bola sepak negara itu.

Kejayaan mereka turut diraikan sekali lagi oleh kerajaan negara itu sama seperti ketika skuad kebangsaan Arab Saudi menewaskan Argentina dalam aksi Piala Dunia Qatar 2022 pada November lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI