fbpx

EPL: Liverpool pula jadi sasaran pelabur Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL dilapor menjadi sasaran pelabur dari Qatar untuk mendapatkan pemilikan penuh biarpun pemilik semasa FSG hanya mahu menjual sebahagian kecil pegangan mereka. – AFP

LONDON – Selepas satu kelompok golongan kaya dan berpe­ngaruh dari Qatar berhasrat untuk mendapat pemilikan penuh kelab Manchester United, muncul satu lagi ‘pasukan’ yang dilaporkan cuba untuk menguasai Liverpool.

Pemilik kedua-dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu sebelum ini telah menyatakan hasrat mereka untuk menjual sebahagian pegangan kelab menyebabkan banyak pihak menyatakan minat mereka untuk membuat pelaburan dalam bola sepak di England.

Seorang wartawan dari Qatar, Mohammed Saeed Alkaabi mendedahkan bahawa terdapat sekumpulan lagi golongan kaya dan berpengaruh di negara itu yang bersedia untuk mengemukakan tawaran untuk menjadi sebahagian daripada pemilik The Reds.

Menurutnya, kumpulan itu tidak mempunyai kaitan dengan kelompok yang sudah bersedia untuk membuat bidaan bagi mendapat pemilikan penuh Uni­ted, namun sejauh mana hubu­ngan kumpulan itu dengan Qatar Sports Investment (QSI) yang memiliki Paris Saint-Germain masih belum dapat dipastikan.

Wartawan kewangan sukan, Alex Miller memberitahu, Qatar Investment Authority (QIA) sudah pun mengadakan perbincangan dengan pengurusan Li­verpool, manakala QSI juga sedia melabur di EPL, malah telah adakan mesyuarat dengan Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy.

Ketika ini, tiada sebarang alasan jelas kepada minat mendalam pelabur dari Qatar untuk turut serta dalam bola sepak Inggeris, namun situasi ini berlaku selepas kejayaan penganjuran Piala Dunia di negara berkenaan.

Berhubung penjualan saham The Reds, ada laporan turut menyebut Harris Blitzer Sports & Entertainment dari Amerika Syarikat turut berminat, namun ketika ini pemilik semasa Liverpool, Fenway Sports Group (FSG) tidak bercadang untuk menjual keseluruhan kelab.

Penjualan hanya membabitkan pelaburan minoriti bagi membolehkan FSG kekal ‘berkuasa’ dalam segala urusan kelab.

“Ada sumber menyebut FSG tidak berminat untuk menjual Liverpool secara menyeluruh. Sebaliknya ia lebih kepada usaha mendapatkan pemegang saham minoriti,” menurut laporan di The Mirror. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI