fbpx

F1: Sebastian Vettel patut rasa kesal pilih bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VETTEL mengumumkan persaraannya pada penghujung musim lalu selepas dua musim berdepan kekecewaan bersama Aston Martin. – AFP

LONDON – Ketua Pasukan Aston Martin, Mike Krack mengakui sangat berharap bekas pelumbanya, Sebastian Vettel menyesali keputusannya untuk bersara dari arena perlumbaan Formula Satu (F1).

Juara dunia empat kali itu membuat keputusan untuk bersara sebaik musim 2022 berakhir ekoran kecewa dengan prestasi selepas dua musim bersama Aston Martin sebelum tempatnya digantikan oleh Fernando Alonso.

Biarpun menghadapi musim yang sukar, Vettel masih berjaya memberikan sumbangan mata buat pasukan itu dalam empat daripada enam perlumbaan ter­akhir 2022 selain meraih kedudukan keenam pada perlumbaan di Jepun.

“Saya fikir Vettel sudah berjaya menemui prestasinya pada penghujung musim lalu. Apabila semuanya menjadi ketika di Singa­pura dan Suzuka, anda dapat lihat kegembiraannya.

“Dia adalah pelumba yang hebat, dia mengetahui apa yang diperlukan dalam perlumbaan. Dalam beberapa perlumbaan terakhir musim lalu, anda dapat lihat jentera mula memberikan respons yang baik untuk memberikannya motivasi.

“Saya gembira dengan apa yang telah dilakukannya, cuma saya rasa agak kesal apabila dia membuat keputusan bersara. Saya harap dia akan menyesali­nya,” jelasnya.

Vettel mengakui dia tidak keberatan untuk kembali ke litar, namun bukanlah sebagai pelumba sepenuh masa sebaliknya mungkin untuk satu atau dua perlumbaan khususnya di beberapa litar kegemarannya termasuklah Suzuka di Jepun.

Selain itu, dia juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama pasukan F1 sebagai ke­tua pasukan suatu hari nanti selain sedang berjinak-jinak dalam perlumbaan rali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI