fbpx

Hujan, ribut petir hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan di beberapa kawasan hampir di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak pada petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, di Semenanjung, cuaca buruk diramalkan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Hujan di beberapa kawasan turut dijangka di Terengganu dan Kelantan manakala tiada hujan diramalkan di Perlis dan Putrajaya.

“Di Sabah, ribut petir juga diramalkan berlaku di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan Labuan,” katanya.

Tambahnya di Sarawak, ribut petir turut dijangka melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI