fbpx

Wanita jatuh bumbung rumah flat diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan wanita terbabit setelah berjaya diselamatkan oleh pihak bomba. IHSAN BOMBA

PETALING JAYA – Seorang wanita berusia 58 tahun yang terjatuh di bumbung rumah sebuah flat di Taman Setapak Indah Jaya, Kuala Lumpur, berjaya diselamatkan pihak bomba, pagi tadi.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Rozaidi Mat Isa, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.04 pagi dan seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Ujarnya, seramai lapan kekuatan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Setapak bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di kawasan terbabit, terdapat seorang mangsa terjatuh di bumbung tingkat empat dari rumahnya di tingkat lima.

“Punca terjatuh adalah akibat masalah kesihatan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pada pukul 10.36 pagi, anggota Bomba berjaya menaikkan mangsa dan memberikan rawatan awal.

Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10.59 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI