fbpx

Lebih ramai doktor gigi ditempatkan di Klinik Kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha ketika sidang akhbar selepas perasmian Hospital Tanjong Karang, hari ini. -Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

KUALA SELANGOR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menempatkan lebih ramai doktor gigi sebagai langkah menyelesaikan isu kesesakan pesakit di klinik kesihatan kerajaan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihaknya memahami masalah berkaitan fasiliti itu termasuk kekurangan doktor berkenaan.

Jelas beliau, statistik pihaknya menunjukkan penambahan pengambilan doktor gigi direkodkan sepanjang tempoh dua tahun bermula 2021.

“Tahun lalu, kita mengambil 477 doktor itu berbanding 154 orang tahun sebelumnya sekali gus meningkat hampir tiga kali ganda.

“Usaha itu masih dijalankan dan kita akan menempatkan lebih banyak doktor gigi pada tahun ini,” katanya pada sidang akhbar sempena perasmian Hospital Tanjong Karang baharu di sini, hari ini.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan hospital itu dengan turut diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Zaliha berkata, pihaknya juga akan menggunakan pelbagai pendekatan bagi mengatasi masalah kesesakan itu termasuk menerima pesakit secara walk-in (pandu lalu) ke klinik pergigian.

“Kita juga akan memperkenalkan klinik Dental Komuniti yang diperhalusi secara menyeluruh,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kementeriannya telah merangka beberapa langkah bagi menghadapi isu kesesakan di pesakit hospital dengan melakukan audit pemegang taruh termasuk pengarah hospital bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi.

“Selain itu, ada perkhidmatan hospital yang boleh kita guna pakai termasuk membina hospital atau wad ‘short stay’.

“Kita juga bercadang menyediakan wad transit bagi pesakit yang tidak dapat discaj yang berfungsi menempatkan pesakit buat sementara waktu sebelum keluarga mengambil mereka,” jelasnya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI