fbpx

Dua penguat kuasa direman lima hari rasuah lesen gerenti lulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pembantu penguat kuasa ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam.

SHAH ALAM – Dua pembantu penguat kuasa kanan sebuah agensi kerajaan direman selama lima hari bagi membantu siasatan rasuah lesen memandu ‘gerenti lulus’.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek lelaki dan wanita berusia 46 dan 48 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.

Menurut sumber, penahanan dua suspek terbaharu dilakukan kira-kira pukul 3 petang ketika hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Katanya, mereka dikatakan telah yang berkhidmat di agensi kerajaan tersebut sejak 24 tahun lalu.

“Suspek-suspek tersebut dipercayai masing-masing menerima wang sebanyak RM750 dan RM1,750 sebagai balasan membantu calon-calon ujian memandu mendapatkan lesen memandu tanpa gagal.

“Penahanan terbaharu ini susulan siasatan terhadap seorang wanita yang merupakan pekerja sambilan dan pengajar lelaki sekolah memandu sama di Petaling Jaya, yang direman sebelum ini,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan suspek-suspek tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI