fbpx

Tolak angan-angan, jumud, rugikan bangsa -Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada majlis syarahan ulung itu di Unisel Kampus Bestari Jaya, hari ini. -Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

KUALA SELANGOR – Kerangka pemikiran pendidikan mesti membawa kepada kekuatan negara dan menekankan nilai kemanusian seiring dengan masyarakat majmuk di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sudah masanya rakyat terutamanya generasi baharu bangkit dengan dimensi baharu yang menolak angan-angan dan jumud serta kolot yang merugikan bangsa.

Katanya, kebangkitan harus dilakukan dengan kekuatan bersama tidak kira Melayu,Cina, India dan Dayak dengan mempertahankan nilai akhlak serta masyarakat madani.

“Kita bicara soal madani, pertumbuhan, reformasi pendidikan. Apakah kerangka pemikiran dasarnya. Jika tidak ada, kita hanya menerobos, meminjam dan menciplak. Apa identitinya yang akan menjadi pegangan kita yang boleh membawa perubahan dalam negara kita.

” ‘Guiding ideas’ mesti berteraskan kepada keyakinan samada menggunakan istilah akidah, ideologi atau doktrin. Kemudian diterjemahkan dalam bentuk dasar yang berdasarkan nilai dan akhlak
,” katanya ketika berucap pada syarahan sulung kerusi Siddiq Fadzil : Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Universiti Selangor (Unisel), hari ini.

Anwar memberitahu, beliau mempercayai Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebagai orang muda boleh membawa kepada kemajuan dalam sektor tersebut.

Ujarnya, sememangnya kita mahu kecemerlangan, pengkhususan, teknologi baharu dan kepintaran buatan (AI) namun mesti berpandukan kepada nilai kemanusian, keadilan dan keharmonian.

“Saya mempunyai keyakinan besar di Unisel dan mahasiswa keseluruhannya (negara) agar faham bahawa terhadap kerangka pemikiran yang boleh membawa perubahan dengan penyatuan masyarakat.

“Pendidikan itu membawa semula perpaduan dan perpaduan itu sudah tentunya berteraskan keyakinan bangsa, agama selain mesti membawa kekuatan negara dan kemanusian,” katanya.

Pada majlis tersebut, Anwar turut mengumumkan peruntukkan RM1juta bagi kepada Kursi dan Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil yang ditubuhkan Unisel. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI