fbpx

Barcelona mahu tambah sengat jentera penggempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mengakui pihaknya telah mengadakan rundingan bersama Inter Milan berhubung peluang untuk membawa masuk penyerang, Lautaro Martinez ke Camp Nou.

Martinez dikaitkan dengan Barcelona sejak beberapa bulan lalu dan The Catalan dilaporkan mamasang impian untuk mendapatkan khidmat pemain Argentina itu.

Penyerang Inter itu dilihat sebagai pengganti paling sesuai menggantikan Luis Suarez yang sudah berusia 33 tahun serta sering mengalami kecederaan.

 

MARTINEZ

 

Barcelona mempunyai jalan mudah untuk mendapatkan pemain itu dengan mengaktifkan klausa perpindahan RM536.93 juta, namun kelab gergasi Sepanyol itu dilaporkan tidak bersedia untuk mengeluarkan dana sebanyak itu.

“Pasaran perpindahan kali ini pastinya menjadi suatu yang berbeza. Pasukan-pasukan yang besar pastinya berdepan masalah ekoran masalah ekonomi tetapi Barcelona akan terus aktif di pasaran.

“Dalam kes Lautaro, urusan perbincangan terhenti seketika. Kami mengadakan perbincangan beberapa minggu lalu dan ia berada pada fasa penilaian.

“Kami akan memberi keutamaan kepada saingan musim ini terlebih dahulu sehingga ia berakhir sebelum membuat penilaian semula mengenai beberapa perkara dalam pasukan ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN